Wednesday, September 21, 2011

Mama dan Aku


Pukul 11.48 malam, selepas mengulit anakku tidur... Aku keluar dari bilik tidur utama, ke meja studyku untuk menyambung study. Perkara pertama yang aku lakukan adalah memeriksa telefon bimbitku, Nokia E72, pengganti sementara kerana Blackberry Bold 9700 aku telah membuat aksi akrobatik, terjunan bebas ke dalam mangkuk tandas dari atas sink..

"Eh! Ada miss call! Siapa pulak yang menalipon aku malam-malam hari begini..".. pikirku sendiri.
"Ha? Mama, call dari Malaysia!". Hatiku merasa sedikit cemas, tapi dapat mengagak.. Perbezaan masa Malaysia dan Canada adalah 12 jam. Bermakna, Malaysia sekarang jam 1148 pagi.
"Ini mesti Mama risau pasal phone Blackberry aku yang telah menjadi arwah itu.." aku mencongak sendiri.

Sepantas kilat, aku memakai earphone ke telinga dan menekan keyboard untuk call handphone Mama, menggunakan Skype... Yelah, jauh aku duduk dari Mama.. Beribu-ribu kilometer dan sehari perjalanan dengan kapal terbang....

Deringan talipon tiba-tiba terhenti dan terdengar suara Mama ku, yang kurindukan, yang kusayang, yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang yang melimpah ruah, semenjak aku dikandung di dalam kandungannya lagi...
"Hello Dek!..." ... suara Mama kedengaran amat risau..
"Ya, Mama! Mama apa khabar?".. aku menjawap..
"Mama sihat Dek, Wae pun sihat.. Dek apa khabar? Sihat?".. Mama bertanya penuh kerisauan..
"Dek sihat Mama! Bakpo Mama?".. aku bertanya kerana risau sekali bunyinya suara Mama..
"Tak, Mama tadi risau.. masa dalam kereta, Mama baca BBM, dalam Group HAMSHI duduk kalut kata Dek dalam kesusahan.. perlu life support.. perlu bantuan.. Mama baru sampai dari KL, dari wedding Jaja.. tak tahu kepala ekor, tiba-tiba baca mesej dalam BBM macamtu... Mama senyap dan berdebar-debar sepanjang perjalanan dalam kereta sehingga sampai ke rumah Illa, Mama minta tolong dia explain mengenai BBM tu...".. jelas Mama panjang lebar..
"Owhh.. itu.. siyyenyo ko Mama... itu pasal phone BB Dek yang terjatuh dalam toilet aje tu Mama! Saja dema ni kghenak...".. aku membalas..
"Tu lah, Illa dan explain untuk Mama tadi.. lega Mama rasa. Tak apalah Dek, kata lah dari Allah dia datang dan kepada Allah juga dia kembali... redhalah.. Allah ambil phone aja.. minta Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi!".. Mama cuba untuk memujuk dan menenangkan aku...

Yer.. itu lah Mama aku... Sentiasa akan risau jikalau dia tahu ada perkara yang merisaukan aku atau jika dia tahu aku di dalam kesusahan.. Tidak pernah berubah dari dulu, semenjak aku berumur sehari sehinggakan sekarang, aku sudah berumur 39 tahun, 4 bulan dan 21 hari (alhamdulillah), sudah berumahtangga dan sudah mempunyai anak sendiri.. Risau Mama tetap sama... Ini baru satu cerita pasal kerisauan Mama terhadap aku dan anak-anaknya... Terlalu banyak kalau mahu ku ceritakan di sini... Aku sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana membesar di dalam kasih sayang Mama dan doa dari Mama yang tidak pernah putus-putus. Aku dapat merasakannya.. dan doa seorang ibu, tidak akan ada hijab dengan Allah... umpama direct telecast... atau bak kata orang Kelantan.. sapa slaluh! Dan aku yakin, kerana dengan doa Mama lah aku selamat, diRahmati dan diLindungi Allah, sihat sejahtera dan tenang serta berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga sekarang.... Syukur alhamdulillah.

Post blog aku kali ini, ingin aku mengimbas kembali, kenangan yang aku lalui dari kecil sehingga kini bersama Mama....

Ikan terubuk dan ikan kerisi goreng adalah ikan kegemaranku semenjak kecil lagi. Kedua-duanya mempunyai tulang-tulang yang mencabar.. Satu banyak tulang dan satu lagi tulang keras. Tetapi, seingat aku, masa kecil-kecil dulu terutamanya, Mama tidak pernah merungut apabila aku meminta untuk makan ikan tersebut. Mama akan pastikan ikan itu tersaji untuk makan tengahari dan tanpa jemu dia akan peghisi ikan itu, mengasingkan tulang dengan isinya supaya memastikan aku dapat menikmatinya dengan selamat... Tanpa jemu, malahan dengan penuh kasih sayang... Kadang-kadang, aku makan lebih laju dari speed Mama peghisi ikan itu... Masa itu, aku tidak sedar... Nasi panas berasap di dalam pinggan mama sudah tidak berasap.... Satu mulut pun belum disuap ke mulut akibat sibuk memproses ikan untuk aku.... Sedangkan orang lain, sudah mahu sampai ke penghujung makan.... Tapi, sekarang, setelah aku mempunyai anak sendiri dan melakukan perkara yang sama kepada anakku, barulah aku sedar dan lebih menghargai semua pengorbanan Mama itu... Ini baru sedikit pengorbanan mama... Banyak lagi kalau hendak ku tuliskan di sini..... Terima kasih Mama!! Terima kasih di atas kasih sayang melimpah ruah dan tidak bertepi itu...

Aku tidak belajar di sekolah asrama penuh... Sekolah aku, sekolah kebangsaan biasa, Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, yang bagi aku sekolah yang luar biasa kerana ianya memberikan impak yang begitu besar dalam hidupku dengan kenangan manis yang jika aku imbas sehingga kini, masih membuatkanku mengukir senyuman di bibirku yang mulus ini (hahahaha... KOYA..). Rakan-rakan sekolah yang masih bersahabat sehingga kini dan cikgu-cikgu yang masih mengenali dan mengingati namaku, walaupun sudah lebih 20 tahun aku meninggalkannya... Sebab aku tidak ke asrama penuh, adalah kerana Mama mahu aku dekat dengannya dan aku lebih lagi tidak berminat ke asrama penuh... Dan sememangnya aku menjadi amat rapat dengan Mama. Setiap pagi, bangun dari tidur, aku akan ke bilik Mama, peluk dan cium Mama di pipi kiri-kanan dan di antara keningnya... Bila aku mahu kesekolah, aku akan melakukan perkara yang sama sebelum aku turun rumah.. dan akan diulangi lagi apabila aku pulang dari sekolah dan even bila-bila aku mahu keluar rumah atau balik rumah dari mana-mana, tak pernah miss, aku akan peluk dan cium Mama.. Dan penutup setiap hari, bila aku wish good night.. Again, aku akan peluk dan cium Mama... Aku tak malu.. Malahan aku bangga kerana dapat berbuat demikian... Dan sekarang, aku amat miss untuk melakukannya.. How I wish I could do it forever.... "Mama ingat kan Mama? Dek sokmo hug and kiss Mama..?" Aku merasa amat tenang dan blessed bila aku peluk dan cium Mama... Walau setinggi mana aku berada sekarang, aku tetap anak Mama... Syurga tetap di bawah tapak kaki ibu.... Keredhaan Allah, tetap terletak kepada keredhaan ibu.... Mama, please redha pada Dek.....

Aku ingat lagi... Setiap lepas makan tengahari atau makan petang, kami (me and mama) akan melekat di meja makan, membicarakan hal-hal semasa... Bukan mengumpat hal orang lain, tetapi cerita-cerita kami... Update what happened to each other that day dan apa-apa sahaja topik yang terkeluar... I miss that so much too.... Sekarang, kami hanya berhubung melalui phone.. tidak sama... walau ada feel, tapi still, tidak sama apabila berdepan... Kami juga melakukan aktiviti together-gether... Antaranya... Kami sama-sama enrolled buat Diploma dalam Pengajian Al-Quran dan sama-sama jadi top 5 best student... hehehe.... Kami main badminton sama-sama.. Sampai ke dalam istana kami pergi main... Best sangat masa tu... Kami pergi memancing di sungai Kelantan (hahaha.. yang ni karut.. memancing kami tak buat...)...

Yang paling aku suka dan bersyukur adalah aktiviti mengikuti mama mendengar Allahyarhamah Tok Guru Mak Jah mengajar... Dari budak hingusan yang sekadar mengikuti mama, aku menjadi apprentice Arwah Mak Jah... Aku selalu disuruh Arwah Mak Jah untuk mengajuk cara sembahyang yang betul (di depan semua jemaah), rukun-rukunnya dan perkara-perkara yang wajib atau sunat dalam sembahyang yang ditanya dan di test depan-depan itu.. Syukur, aku dapat menjawap semua dengan lancar.. Barangkali sebab itu juga Arwah Mak Jah amat menyayangi aku dan Mama pun suka suruh aku 'ajuk sembahyang' depan jemaah jikalau aku mengikutinya mengajar.... Yes, Mama telah mengikuti jejak langkah gurunya, menjadi pendakwah bebas.... Sehingga hari ini.. Semoga segala keikhlasan Mama mengajar itu dibalas syurga oleh Allah s.w.t.... Amiinn...

Satu perkara lagi yang aku SANGAT-SANGAT dan TERAMAT AKU MISS adalah pergi Mekah buat umrah dengan Mama... Sebelum aku berkahwin dahulu, hampir setiap tahun atau selang setahun kami pergi buat umrah bersama-sama.. Aku akan memimpin tangan Mama dari keluar bilik hotel untuk berjalan ke Masjidil Haram, memimpin tangan Mama semasa Tawaf dan juga sehingga selesai Sae'i.. Kalau penat di pertengahan, kami akan sama-sama berhenti... Kalau azan di pertengahan Sae'i, kami akan berhenti solat... Kalau Mama haus, aku akan berlari mengambil air untuk Mama... Sungguh indah jika diingatkan kembali... Kali terakhir aku ke Mekah bersama Mama adalah sewaktu kami mengerjakan Haji bersama-sama pada tahun 2003.. How I wish, kalau diizinkan Allah, aku mahu melakukannya lagi bersama Mama... InsyaAllah.... Rindunya hanya Allah sahaja yang tahu....

Aku juga, nampak aja macam tough.. Memang tough pun.. Hehheehhee... Tapi ada a part of me sebenarnya sangat manja dan jenis nerves. Masa study dulu, kalau dekat nak exam, mesti jadi demam atau jatuh sakit. Mamalah juga yang menalipon dan cuba memenangkan aku... Dia sendiri, aku tahu risau tokleh nak ghoyak... Pernah sekali, aku jatuh sakit sehinggakan Mama dan Wae terpaksa fly dari Kota Bharu ke Penang dan duduk tunggu aku di dalam hospital, berhari-hari sampai aku discaj... Siyye sungguh ko Mama dan Wae kalau diingat balik.. Manja kededeks sungguh aku ni sebenarnya.. Dan hati-hati you all... I still manja till now... Kalau rajin, silalah layan.... Hehehe...

Kesimpulan yang aku nak cakap di sini, Mama aku memang the best! Aku sayang Mama sepenuh jiwaku.. Doaku sentiasa ada untuknya.... Tanpa Mama, tiadalah aku di dunia ini.. Dan tidaklah anda semua dapat membaca blog aku seperti now....

Mama, terima kasih di atas segala didikan dan pengorbanan. Dek berjanji dan berazam, akan melakukan perkara yang sama kepada anak Dek, berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa.. Mendoakan kesejahteraannnya, mendidiknya, melindunginya dan menyayanginya sepenuh hati.. Just like you are doing for me! Terima kasih Mama, I love you so much.. and I miss you! Keep on praying for me.. I need your prayers all the time.... Semoga Mama sentiasa berada di bawah tilikan dan lindungan Allah dunia dan akhirat.. Amiin.

Lagu ini khas untuk Mama...


2 comments:

  1. salam perkenalan ....


    kasih sayae ibu sampai ke syurga

    ReplyDelete
  2. .....hargai orang yang kita sayangi semasa hayatnya, luahkan apa yang kita rasa semasa hayatnya kerana hanya begitu, dia tahu betapa dalam kasih sayang kita kepadanya ...... U are so lucky to have a mother like Mama Darling.... I love her too!

    ReplyDelete