Kali ini aku memilih untuk berbicara dengan bahasa bondaku... Kalau anda tak boleh bercakap Bahasa Melayu atau tak paham... tak payah baca post ni.. sila baca post orang lain...
Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya... Hati aku meronta-ronta.. Jiwa aku mula merasa kacau dan tidak keruan... Mindaku mula terbayang wajah kesayangan ku... Kedua Ibu Bapa ku, tunggak jiwaku... Keluarga besarku, keriuhan mereka bergelak ketawa dan usik mengusik memeriahkan suasana... Sahabat-sahabatku, teman pewarna hidupku... Insan-insan yang amat ku sayangi dan menyayangi aku.... Ahhh.... I miss them all..... Aku tidak mahu membicarakan tentang malan lailatul qadar atau amalan-amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan mulia ini di sini... Tidak.. Seperti yang selalu ku katakan.. Amalanku adalah di antara aku dan Khaliq ku... Bukan untuk ku bermegah-megah sesama manusia... Itulah bekalan ku nanti.. Kerana aku yakin, kerana aku bersaksi dan percaya dengan kewujudan Allah dan hari pembalasan di akhirat nanti... Harapanku, amalanku yang sedikit inilah yang akan membantuku... InsyaAllah...
Aku ingin membicarakan tentang kerinduanku... Apa yang kulakukan setiap tahun tanpa jemu... Rutin ramadan dan raya yang berdekad-dekad lamanya... Bukan sahaja tidak jemu, malahan merasai keseronokkan dan kegembiraan setiap kali melaluinya... Walaupun benda yang sama dilakukan, dengan orang yang sama... I still enjoy it and even more every year.... Kalau boleh, mahu setiap tahun melakukannya tanpa miss...
Perkara rutin yang ku lakukan apabila masuk bulan Ramadhan... melibatkan keluarga dan sahabat-sahabatku.... Semasa tempat mustautin ku di Kota Bharu, selang sehari atau sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, aku dan sahabat baikku semenjak 26 tahun yang lalu, Jani, yang kekadang kugelarkan sebagai Angel, akan menziarahi bazar ramadhan... sebut aja di mana di sekitar Kota Bharu, sudah habis kami 'jajak'... Bermacam-macam juadah kami beli.. dan tidak pernah serik, walaupun kekadang tertelan 'bulb-lampu' yang menybabkan perut kami terang benderang seharian.. Well, kami masih boleh berjenaka.. Kami akan kata "jimat bill TNB..".. Everything we convert into jokes dan menjadi bahan ketawa kami... Jikalau tidak bersama Jani, rutin petang-petang ramadan adalah pusing-pusing bandar Kota Bharu dengan Wan dan Mama.. beli air tebu or air kelapa muda untuk berbuka puasa dan juga kuih-muih.. Wae selalunya akan sibuk mencari air tuak kegemarannya... Ada satu kali, kerana mencari air tuak.. kami ronda-ronda sampai ke Panji dan akhirnya, instead of beli air tuak, Wae beli tanah 2-3 lot...
Tapi, itu dulu.. sebelum aku berpindah ke Kuala Lumpur... Walaupun begitu, aku akan usahakan untuk melakukan aktiviti itu apabila aku pulang ke Kota Bharu waktu bulan puasa atau semasa dekat Hari Raya.. Selain aktiviti itu, aku juga ada misi umpama Mission Impossible dengan Jani.. Aktiviti membeli beras dan menghantarkannya ke rumah anak-anak yatim, tanpa disedari sesiapa... Aksi kami seperti lagak penjenayah yang mencurigakan... Selalunya, mula-mula, kami akan pegi beli beras di supermarket dan kemudian kami akan drive in dengan kereta topless Peugeot 206 cc Jani ke perkarangan rumah anak yatim itu, salah seorang dari kami akan turun dari kereta, buka boot dan unload berkampit-kampit beras itu depan tangga rumah anak yatim tersebut dan kami akan bergilir jika salah seorang dari kami letih memikul beras dan dengan cepat-cepat sebelum disedari sesiapa, lari masuk dalam kereta dan memecut keluar... Tiap-tiap tahun tak pernah miss..... Kenapa kami buat macam tu? Sebenarnya, kami pun tak tahu.. Cuma rasa seronok apabila memasukkan aksi misteri begitu dalam perbuatan kami... Kami memang 'gong' kadang-kadang.. Jadi abaikanlah.. Anggaplah ini sebagai aksi keseronokan kami.... Hehehe..
Pada malam tengok anak bulan Raya, selalunya kami akan berkumpul beramai-ramai seluruh keluarga besar HAMSHI di rumah Ayah Abe dan Cik Yah, iaitu di rumah pusaka Arwah Ayah Tok dan Che'... Ayah Abe akan menjamu kami semua untuk berbuka puasa dan kemudiannya, acara bertukar-tukar hadiah... Di antara mak-pak sedara dan anak-anak sedara yang sudah berkahwin... Hadiah apa saja ikut keikhlasan dan kreativiti masing-masing... Mula-mula dulu, banyak kuih-muih.. tapi sejak akhir-akhir ini, menjadi semakin kreatif seperti perlatan dapur or rumah tapi tidak terhad kepada itu sahaja.. sebagai contoh, ada satu tahun aku pernah memberi Hand-Luggage bag dan tahun lepas lipstik dari Kanada.... Keseronokannya apabila semua orang 'yyaaarrr-yyyaaaarrrr' (well, ni susah nak describe dengan penulisan) mengusik dan bergelak ketawa.. memang sangat meriah dan gumbira.... Semakin tahun, semakin banyak hadiah perlu disiapkan kerana bilangan anak-anak sedara yang berkahwin bertambah.... Tapi takpe, seronok... Keseronokannya bermula dari masa memikirkan, nak bagi apa untuk hadiah raya.. ada yang siap in advance, seperti Kak Faz contohnya... selalunya, hadiah dari dia kelas-kelas dan dia akan prepare kekadang tu a year in advance.. Excited gitumo gitu.. hehe..
Selepas selesai rumah ayah abe, kami akan cepat-cepat balik ke rumah dan acara mencarik ayam akan bermula.... Setiap tahun, Wan dan Mama buat open house hari pertama raya, bermula jam 12 tengahari. Menu wajib adalah Soto Ayam dan Satay. So, towkey carik ayam adalah Wae sendiri dan dibantu oleh anak-anak.. Ayam-ayam telah dimasak siap-siap oleh Puji (sekaranglah, dulu Marsi, Moh, Kak dan yang sewaktu dengannya). Selalunya, ayam yang dicarik Wae yang paling halus macam rambut... Ayam yang aku carik? Bolehlah.. tak halus tak besar... tapi dekat-dekat penghujung tu besarlah lah jadinya.. tapi takper.. kira Halallah yer... Selalunya, semasa mencarik ayam itu, 10-15% ayam masuk ke mulut, bukannya ke bekas tadahan.. Alah, takpe lah, malam raya kan... Kena praktislah perut sebab esok akan kena makan satu hari.... Aku selalunya akan pastikan ayam habis dicarik baru bangun dari meja.... Semasa mencarik ayam itu, aktiviti-aktiviti lain berlaku serentak seperti memasak nasi himpit... Oh ya, kelakar dulu-dulu buat nasi himpit, siap tindih dengan tong-gas nasi tu supaya dapat shape seperti dihimpit.. now senang aje, rebus beras dalam plastik lubang-lubang...
Selesai mencarik ayam, dulu-dulu, semasa ramai warga WCJ balik kampung (Kota Bharu), kami akan ke Kampung Sireh, rumah pusaka Arwah Tok Wae dan Cik Aji untuk acara memcucuk dan membakar satay!!! Yeeehaaa... memang seronok makan satay resipe Kg Sireh ni.. cukup semua rasa dan lebih sedap kerana di makan bersama keluarga. I miss that agenda.. Kerana sekarang, keluarga masing-masing semakin besar dan kadang-kadang tidak ramai yang pulang beraya di Kay Bee... so banyak kali skipped acara mencucuk dan membakar satay di Kg Sireh ini... Hmmm... Satu tradisi yang aku rasa perlu diteruskan kerana ianya merapatkan keluarga dan menceriakan hati.. But well, of course lah banyak kerja kena prepare itu dan ini.. Wallahuaklam... Ini sekadar luahan memoriku...
So, balik Kg Sireh, jam sudah pukul 1 - 2 pagi... Masa ni baru cek baju raya nak pakai esok... cari tudung yang matching dan sebagainya... Gosok menggosok kalau perlu dan tidur untuk bangun awal nak pergi sembahyang hari raya di masjid beramai-ramai... Selalunya, malam raya memang tidur tidak cukup... Balik semayang, kami akan jamah sedikit juadah di rumah, wak 'pponneyy' ore kelate kato... Kemudian bersalaman dengan Wan dan Mama serta adik-beradik juga anak-anak saudara yang balik beraya.. Termasuklah Kak Sin, Kak Nor dan Anis... Wang besarr... wang besarr... Wang besarr.... Masa ni seronok sakan kerana mendapat ang-pow besar dari Wae dan Mama.. senyum sampai kebelakang telinga (errkk??).... Lepas acara bersalaman di rumah, kami kerumah Ayah Abe untuk berkumpul beramai-ramai semua keluarga HAMSHI... masa ni juga, kemeriahan yang kalau terlepas, memang akan miss lah.. kena ada di situ baru tahu macamana... Aktivitinya adalah, bersalaman memohon kemaafan dan mengutip duit raya aka ang pau secara dalam barisan ikut susunan mak-mak sedara yang lebih tua, anak-anak cucu masing-masing... adalah dalam seratus lebih orang.... Aktiviti utama adalah mengusik mak-mak sedara dan nenek (MCB) yang memang banyak DNA (warga HAMSHI akan faham..) sehinggakan banjir.... Hmmmm.. payoh wes nak explain ikut tulisan ni.. yang pastinya, I love doing all of that and gonna miss it this year!!!!
Bermulalah acara menziarahi open house dan makan tanpa batasan.... Lepas rumah Ayah Abe, sudah tentu ke rumah Mamalong dan menu wajib dan yang ku tunggu setiap tahun (dah takder tahun lepas.. whyy?? entah...) adalah Makaroni Sup (Ayam).. Sudah.. tiba-tiba terasa nak makan Makaroni Sup (Ayam) pulaklah ni.. Hmmm.. kena gi masaklah kejap lagi ni nampak gayanya.... Ok, sambung cerita.. Rumah mak-pak sedara ku adalah bersebelahan 4 biji... Jadi, selalunya, lepas rumah Mamalong, rumah Cik Ma Ayah Yee pulak.. Menu dia... yummy... Lontong, rendang dan sambal tumis ikan bilis kegemaranku.. Tapi masa ni, aku memang ingat, masuk rumah Cik Ma, sudah 'se-eh' orang Kelate kata... iaitu perasaan 'sebu perut dan tidak dapat bernafas dengan sempurna'.... Dan masa ini juga, Wae akan menerima panggilan bertalu-talu, sudah ada sanak saudara bertandang dan menunggu di rumah kami untuk open house.... So, nak tak nak, terpaksa skip rumah Cik Nah Ayah Sae and KIV for next change... Takper, rumah Cik Nah always special... boleh request postpone.. Beress semace... hehehe...
Yang paling aku akan miss nanti juga adalah suasana open house di rumah Mama Wae... Rumah kami ada 3 hall seperti petak yang boleh diduduki tetamu, termasuk satu petak kecemasan yang kami panggil ladies lounge. Petak kecemasan ini hanyalah digunakan bila 3 petak utama tadi telah penuh dengan tetamu atau sesiapa yang memerlukan privacy dengan tetamu mereka.... Dan satu bilik, atau dining room yang akan penuh dengan berbagai juadah yang sedang menggetarkan sukmaku sekarang apabila memikirkannya, untuk tetamu makan dan berbual-bual dengan kami, tuan rumah.... So, kadang-kadang, sekali kena serang, kesemua petak akan dipenuhi tetamu termasuklah di dapur (lupa nak mention tadi... dapur pun ada ruang untuk tetamu duduk..).. Memang meriah dan happening.. tapi kadang-kadang terlalu happening, sampai tak sempat nak berborak dengan tetamu kerana sibuk berulang alik ke dapur untuk menambah juadah di hidangan... Dulu, basuh pinggan di dapur pun aku ambil kontrak. Tapi now, senang sikit, Mama dah hire 2 pembantu khas untuk membasuh pinggan pada hari itu sahaja. So, relaxlah sikit dalam bab itu... Tapi sebenarnya, semua adik-beradik dan ipar-duai sama naik buat kerja dari melayan tetamu yang sudi datang ke rumah kami hingga ke tambah juadah, basuh pinggan dan men-selekam-kan tetamu... Bila selesai open house pukul lepas maghrib... benda yang paling best dibuat adalah landing time!! Buka air-cond dalam bilik sejuk-sejuk dan merebahkan belakang.... Adushhhh... bestt....
Hari Raya ke dua adalah hari untuk menziarahi pusaka arwah yang telah terdahulu meninggalkan kami dan saudara-mara, bersama seisi keluarga.... Ala-ala Gapas gitu.. Opps... I mean ala-ala konvoi gitu... Rumah pertama adalah rumah Cik Wah Che Hashim (aka Cik Ngah Ayah Ngah..).. Aduhhh... sudah berlenjur-lenjur mulutku ini mengingatkan menu yang akan di-misskan nanti... Sup Ayam Makaroni special, satay goreng dan beranika dessert dan kuih.... Macamana ni... tidak tahan sudah... Sabarlah hati.. sabar..... Selepas rumah Cik Ngah, ikut boss besar kata nak gi mana.. kami anak-anak cucu hanya mengikut sahaja. Tapi selalunya, masuk rumah ke 4 or 5.. bateri sudah flat......
Another thing yang aku tak pernah miss tiap-tiap tahun, semenjak aku mendapat lesen memandu kereta ketika di tingkatan 5 adalah menziarahi kawan-kawan bersama Jani. Samada Jani datang ke rumah aku or aku pergi rumah Jani dan beraya dengan Mama Jani barang sejam dua, sebab aku suka cakap dengan Mama Jani dan dia pun suka layan aku sampai tak bagi Jani interprame bila kami duduk borak.. Lepas tu, habislah rumah kawan-kawan kami 'jajak' sampai malam melabuhkan sayapnyer.....
Well... all that, I'm gonna miss very much!!! Itu tak masuk lagi sessi berborak dan bergossip dengan Kak Faz dan Cik Nah... serta lepak-lepak dalam bilik Mama dan Wae serta berbual-bual kosong dan sorak menyorak bersama sanak saudara... Tapi kadang-kadang, terpaksa akur... Itulah kehidupan dan jalan yang dipilih... Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu... Macam barang elektrik jenama Sony.. tak pernah perfect.. ada aja ciri-ciri yang slacking...
Walaumacamanapun, dikesempatan ini, ingin aku menyusun sepuluh jari (tangan), memohon kemaafan di atas segala kesalahan, sama-ada disengajakan atau tidak, dalam sedar atau lalai, secara zahir atau batin, sedikit atau banyak, daru hujung rambut ke hujung kaki.... Minta ampun dan maaf seluruhnya... terutama ku pinta dari Mama dan Wae, ampun dan maafkan anakmu ini.. kadang-kadang tidak mampu menjaga hatimu dan menggembirakanmu... maafkan anakanda yer... diikuti kemaafan dipinta dari Adik Beradikku, Ipar-iparku, Anak-anak saudaraku.. juga ampun maaf kupinta dari semua Bonda dan Ayahanda saudaraku, kazen-kazenku... Tak lupa juga semua sahabat-sahabatku yang senantiasa dekat di hatiku... Sanak saudara jauh dan dekat.. Ex-studentku dan semua insan yang mengenali aku.. Salam Aidilfitri dari kejauhan, mohon maaf lahir dan batin!!!! Sehingga bertemu lagi....
miss the raya moment too...huhuhu...miss the ketupat palas sambal daging
ReplyDeleteI miss u too Dek <3
ReplyDeleteA memory is what is left when something happens and does not completely unhappen....
ReplyDelete...great and fond memories are best to cherish! You have every best person and event in life, dinda! Adorable...
ReplyDelete